Friday, July 10, 2015

Bintang tiada ganti

Kau ibarat bintang...
di antara berjuta...
Kau teramat istimewa..
indah sinar kasihmu..

Oh bintang istimewa..
ku tahu kau ada..
menyorok dibalik bintang yg lain..
segar baumu tak ku lupa..

Tapi maafkanku..
kerna tak bisa..
menggapai tanganmu ke mari..
kita terpisah ..
di antara dua dunia..

Moga doaku ..
menjadi selimut tidurmu..
kaulah bintang tiada ganti..
abangku....

Semoga rohmu dicucuri rahmat..
Al-fatihah......

Thursday, May 15, 2014

Kudrat



tenung tenung balik awan,
kelibat mendung kelihatan ,
sayup angin menerjah cuping,
seakan bumi bakal disimbah  .

kayuh kayuh terus kayuh ,
coba gegas cari teduh,
putih pucat riak wajahnya,
seakan ajal sudah hampir,
namun bumi bentang luas,
tiada teduh untuk ditumpang.

saat hujan mulai tandang,
selipar capal pula putus,
becanya basah disirami,
teduhlah pkcik berbekal topi.

Apalah nasib pengayuh beca,
kerah kudrat sehabis habis,
demi untuk secupak beras,
asalkan anak cukup makan.

hujan henti panas pun tiba,
pintu rezeki disambung kembali,
pusing pekan hulu sana,
patah balik ke hilir pula,
belum tentu cukup untungnya.

tak apalah pakcik,
kerah kudrat ,kudratnya baloi,
hasil berkat pasti selamat ,
tidak seperti si keparat,
kerah kudrat secebis peluh,
habis merungut separuh pekan.








Wednesday, May 14, 2014

Jengkel











Saban kali login,
mata ku jengkel,
bicara jadi kelu,
fikiran merewang.

Bukan asbab aku,
tapi si jengkel,
menelanjang
 diri,keluarga ,
seolah tandus akal.

Luah rasa tunjuk perasaan,
tanpa fikir waras,
yg  perlu simpan,
sepah pada masyarakat.


sibuk sarat menjual,
bangga diri ke langit,
kerana mengidam kata puji,

yg tandang hanya keji.

Usah lena di buai,
hanyut kau dalam maya,
taksub pada perhatian,
hingga lupa rasional.
Sungguh jengkel...


pukul canang diri hero,
yang kelihatan hanya zero,
sungguh jengkel..



Tuesday, May 13, 2014

Hakikat rasa














Kilan rasa ,
Air yg sama mengalir ,
menikam di balik badan ..

Ia petaka,
merobek degup jantung ,
membunuh hati bernyawa ,
menyentap perasaan..

Berkata kata mudah,
melihat dengan kasar ,
menilai bak tuhan,
menghukum bagai hakim..

Andai kau tahu,
seribu cacat di balikmu,
pasti tentu kau tak lihat,
aku nampak hanya simpan ,
kerana aku mudah lupa..

kaca derai ,
boleh ditampal,
namun tidak,
sepadu dulu..

dipendam sakit,
di ingat senak,
biarlah rasa ini mengalir ,
semoga hatiku terpelihara..

Pada kau,kau,kau,kau semua,
ubahlah,
pandang depan,
boronglah cermin..






Friday, February 14, 2014

Melayu kini













Aku melayu,
asal hutan tempat memburu,
diasak dari segenap penjuru,
di henyak,di terajang ,di rembat bak kutu,
masih terbelenggu,
mencari arah tuju.

Jangan menyalah yang  terdahulu,
tak kau malu?,
sendiri suka merayu,
macam mana mahu maju?,
kalau sendiri nak jadi kayu.

Bak mai sini nak siku,
biar kepala berlagu,
senang nak bagi laju..
baru boleh menuju... 

Secapik beras jangan berlagu,
usah di canang ke hilir hulu,
alangkah bagus nanti dulu,
menunggu hasil sebesar Kinabalu.

Melayu kini tak macam dulu,
acapkali di tipu,
terus mustahil sukar bersatu,
semua sudah kepala batu.


Wednesday, May 19, 2010

Kubur



“Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”




Sekujur tubuh tiada berteman malahan berdampingan..
jika dulu ..tubuh itu  berdiri,jalan dan lompat...
kini..sekadar di perbaringan..
oh..gelap penglihatan..
sunyi pendengaran...
di mana aku?
mengapa sukar  bernafas??
di mana dunia keseronokan aku!!
mengapa aku di sini?
aku ingin kembali ke dunia !!
aku ingin kembali!!
tolong!tolong!
ya tuhanku..berikanlah ksempatan kepadaku pulang !!
agar sempat mengumpul bekalan..
aku tidak punyai apa ke masyar..
bagaimana untuk aku hadapi ..
alam yg akan menempatkan ku selamanya....
ya rabbi!!!allahuakbar!!aku menyesal!!!
adakah ahli keluargaku dan sahabat2 sepermainan akan mendoakan??
adakah bekalan-bekalan seciput biskut dapat menyelamatkan aku??
apa yg harus aku lakukan??
aku takut ya allah..tapi mengapa suaraku semakin kelam..
semakin hilang..dan aku semakin tidak mampu berkata..
oh itu kelibat malaikat mungkar nakir..........................

Tuesday, May 18, 2010

Keretakan

"KERETAKAN"



berjoget engkau ke kiri kanan...
sebentar di atas kemudian henjut ke bawah..
ohh..rentak arus zaman sekrang begitu keras..
berjoget engkau hingga lupakah kau..
keluarga sengsara ditinggalkan..
untuk memekik gepita mencari kseronokan keseorangan..
bila sedap kongsi bersama..bila pahit engkau tinggalkannya...
kaum yg lemah patut ditatang..bukan pula di kotak katik kan..
sang kecil merintih meminta kasih...
sang bapa membantai melepas amarah..
si aminah hanya mampu merintih...tapi apakan daya...
si keparat itulah yg menjadi pilihannya..
ooo...
itulah alunan lagu-lagu perikatan kebahagiaan zman ini..
masih di ingat lagi janji- janji manis si keparat..
ingin menyayangi dan membahagiakan si aminah..
tapi kini apakah terjadi??
musang bermisai sudah menampilkan wajah sebenar..
janji rayu mu hanya tinggal sejarah~



Cuba sejenakkan masa untuk-Nya

CUBA SEJENAKKAN MASA UNTUK-Nya




Lalallalaalalalalalal…oohhh lalalalal…setiap masa …ulaaa llaaaa..laaa…
Bilakah masanya utuk kau laa illa ha illa allah…muhammadarrasulluallah….
Dari terbit fajar hingga ke titisan embun pagi ,kau masih gagal utuk menyebut kalimah
Suci walau hanya sekali…
Hina? Durjana atau gelaran lain apakah yg layak di kalungkan??
Iman di dada sepatutnya di tanamkan…buknnya berpusu-pusu mencari kemasyuran..
Dan bukannya berebut-rebut untuk berhibur semata-mata..
Walhal,msjid tmpat beribadah sentiasa sunyi lengang…
Adakah berat hanya untuk meluangkan masa untuk pencipta?
24 jam bersamaan 1440 minit..
kita cuba anggarkan maksimum 5 waktu kali 10 minit barulah 50 minit..
mengapa 1440 minit gagal di luangkan hanya untuk 50 minit??
Sibuk benarkah anda??


Tahukah anda bekalan 50 minit itu untuk kehidupan abadi selama-lamanya
di syurga??adakah anda seorang yg merugikan??sedarlah..renung dan
bangkitlah semua …jangan usah tidur lagi..marilah kita bangun dan
berebut-rebut mencari tiket ke syurgawi.Ayuh!!

Diriku yang sekarang

DIRIKU YANG SEKARANG..


Tika itu aku seorang periuh..

Tapi kini..aku mulai tidak bersuara..

Bukan mahu sombong..

Cuma mahu membetulkan baju ku yg senget ini..

Kerana aku mula berpijak nyata di tumit sendiri..

Walau sekejam mana bumi,akan ku cuba usaha keseorangan..

Janganlah di salah sangka..

Bukan sombong yg ku pinta..

Tapi inilah survival hidup yang aku pilih..

Hidup tanpa ikatan dan

bergerak ikut alunan sendiri..

lebih mudah bagi aku menikmati hidup..

gula dan garam pelengkap rasa ..

biarkanla aku sahaja yang menjilatinya..

jikalau merangkak sekalipu,akan kucuba gagahi sendiri..

kerana aku seorang perwira bagi diri aku sendiri..

inilah aku sebenarnya..

seorang individualistik yang kobar2 dan bodoh sombong..

Friday, May 7, 2010

Laki yang lara

LAKI YANG LARA


laki-laki kalau hidup huru-hara..
janganlah kau ada hati hendak mem"bela"...
nanti kau jua yg merana...
bila da merana off courselah jiwa jadi sengsara..

oohh..la..la..la..ra...oh laki yang lara...
jiwa yg sengsara...
tak ubah macam penjara ..
begitu sukar tuk bersuara..

oohh..la..la..la..ra..oh laki yang lara..
ini realiti atau alam maya..
laki-laki nak teman perlu kaya..
barulah siti,nur dan puteri suka ria...

oohh..la..la..la..ra..oh laki yang lara..
jika begini aku da tak bermaya..
bergenang linangan air mata..
kerana aku rasa..
laki-laki hidup dlam merbahaya.......................