Friday, February 14, 2014

Melayu kini













Aku melayu,
asal hutan tempat memburu,
diasak dari segenap penjuru,
di henyak,di terajang ,di rembat bak kutu,
masih terbelenggu,
mencari arah tuju.

Jangan menyalah yang  terdahulu,
tak kau malu?,
sendiri suka merayu,
macam mana mahu maju?,
kalau sendiri nak jadi kayu.

Bak mai sini nak siku,
biar kepala berlagu,
senang nak bagi laju..
baru boleh menuju... 

Secapik beras jangan berlagu,
usah di canang ke hilir hulu,
alangkah bagus nanti dulu,
menunggu hasil sebesar Kinabalu.

Melayu kini tak macam dulu,
acapkali di tipu,
terus mustahil sukar bersatu,
semua sudah kepala batu.